• Jumlah Pengunjung

    • 1,599 hits

Saga Megavalve 1.5 (JDG 5824)



Proton Saga memang menjadi impian aku masa aku sekolah. Setelah gagal memiliki Saga Magma JBU 76, aku pendam dulu impian itu. Tapi pada tahun 2000, sebelum Hari Raya aku rasa susah pulak takde kereta. Maka aku nekad cuba beli Saga ni. Lulus pulak loan aku.

Saga ni sebenarnya bukanlah elok sangat. Banyak crash. Tapi dah takde lain aku sebat je. Raya punya pasal. Aku bayar RM 416 sebulan sampai aku kawin. Bapak aku sambung habiskan. Kira sekarang dah jadi kereta family dan sehingga 20/22/2010 ni, adik aku pakai buat pergi kerja.

Tak tau lagi kesudahan kereta ni.

Advertisements

Datsun 120y (JS 7517)


Mazda 808 1.3cc (BAN 4886)


Saga Magma 1989 JBU76


Bersama Saga JBU76 Magma 1989

Proton Saga Magma 1.5 (1989) ini merupakan kereta keempat yang aku miliki. Namun ia hanya bertahan selama tiga bulan sahaja kerana pembiayaan pinjaman kereta ini tidak diluluskan oleh bank atas sebab yang tidak diketahui.

Selama empat bulan tersebut, aku menggunakan kereta ini untuk berulang-alik dari Lok Heng ke Cahaya Baru. Kereta ini sekarang digunakan oleh orang dari Waha. Masa aku ambil gambar ni pun kereta ni dah bukan jadi milik aku.

Tapi atas dasar mengenang jasanya selama tiga bulan bersama aku, maka aku abadikan gambar ini untuk kenang-kenangan.

Datsun 180k


Inilah dia Datsun 180k aku..

Datsun 180k (Gambar hiasan)

Kereta pertama saya merupakan sebuah Datsun 180k dengan kapasiti enjin 1800 cc. Kereta yang menggunakan sistem pacuan belakang atau lebih senang disebut FR ini merupakan kereta yang sesuai untuk kegunaan keluarga. Dengan ruang dalaman yang luas dan enjin yang menjimatkan walaupun berkapasiti besar menjadikan kereta ini pilihan pertama keluarga saya pada tahun 1998.

Dari segi luaran, ia bukanlah sebuah kereta yang menarik. Rekabentuknya sering menjadi kutukan sesetengah pemilik kereta. Namun, pada waktu itu ini sajalah kereta yang mampu kami miliki.

Saiz tayar kereta ini juga berbeza antara bahagian depan dan belakang ketika dalam keadaan standard. Tayar belakang menggunakan tayar 185/70/R14 manakala hadapan menggunakan 185/60/R14. Tempat mengisi minyak pula terletak di bahagian atas bonet belakang. Risau juga dibuatnya ketika hujan.

Tapi agak malang kerana saya telah terlibat dengan kemalangan dengan kereta ini. Akhirnya ia menjadi besi buruk dan telah dijual.